HALAMAN BLOG

Rancangan Pengajaran Harian


Simpulan bahasa adalah sisipan tatabahasa yang diajar di dalam kelas. Tetapi kita boleh ajar simpulan bahasa sebagai topik utama . Namun begitu kemahirannya iaitu fokus utama (FU) , fokus sampingan (FS) mengikut sukatan pelajaran yang ada pada kita. Ini kerana , simpulan bahasa juga menarik andai kita jadikan satu jam pengajaran dalam kelas. Murid akan dapat lebih pengetahuan tentang simpulan bahasa. Ia berbanding jika kita hanya ambil 5 minit sisipkan simpulan bahasa dalam aspek tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi menulis hasil pembelajaran , kita masih tertumpu kepada 3 perkara penting iaitu lisan , bacaan dan tulisan. Cuma kita murnikan lagi mengikut topik yang kita nak fokuskan .
   Sebagai contoh , saya  mengambil kemahiran 1.1 Aras 1 (i) dan 5.1 Aras 1 (i) sebagai Fokus utama dan fokus sampingan. Saya masih menggunakan  petikan yang sama tetapi saya lebih tekankan pada aspek simpulan bahasa.  Jadi rakan-rakan guru tidak perlu buat banyak kali petikan. Gunakan satu petikan untuk dua sesi pengajaran. Ini lebih memudahkan kita. Kalau nak lebih baik , ubahlah sikit-sikit. Tapi kalau ajar murid kelas yang sederhana sesuai begini. Bagi saya , ia lebih membantu murid dari segi bacaan dan fahaman murid. Cikgu-cikgu boleh buat ikut kreativiti cikgu..
          Ini sekadar pandangan saya. Cubalah dulu..kalau berjaya tahniah. Kalau kurang berjaya , gunakan pendekatan yang lain.


“Kita belajar untuk belajar. Guru berkesan mengajar , murid bijak belajar.”

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.

Tarikh  / Hari               :  26 Mac 2012 ( Isnin )                                 
Masa                            :  8.45 – 9. 45 pagi
Kelas                           :  3 Cekap                                                      
Bilangan Murid            :  28 orang
Mata pelajaran             : Bahasa Melayu
Tajuk                           :  Amirul Yang Baik hati (Simpulan Bahasa)

Hasil pembelajaran      : Pada akhir kelas , murid-murid akan dapat :
                         i) Menyatakan sesuatu perkara yang didengar dan dialami dengan
                             menggunakan bahasa yang sesuai.
                        ii) Membaca ayat dalam teks dengan  intonasi yang betul.
                        iii) Melengkapkan ayat  6 daripada 8 soalan menggunakan simpulan
                              bahasa  yang betul.
Pengetahuan sedia ada :  i) Tahu beberapa simpulan bahasa yang mudah.
                                     ii) Pernah membaca , mencatat dan menulis beberapa
                                         perkataan simpulan bahasa               
Bahan                          :   i )  Kad perkataan , kad gambar
                                        ii )  Teks petikan
                                        iii)  Lembaran kerja

Nilai                            :   Baik hati ,  murah hati , prihatin , rajin
Kemahiran                   :  1.1 Aras 1 (i)
                                                Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan
                                               didengar dengan menggunakan bahasa yang
                                               sesuai
                                       5.1 Aras 1 (i)
                                                Membaca ayat dalam teks yang mengandungi
                                                 tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang  
                                                 betul.
                                       8. 1 Aras 2 (i)
                                                Melengkapkan ayat


Langkah / Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran


Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
 (5 minit )

Pengenalan :
Beri murid gambar bewarna yang dicetak dari internet
( buku , kaki , mata )

i) Guru berikan gambar  kepada murid.

ii) Bertanya murid tentang gambar

iii) Beri gambaran sebenar tentang gambar dan kaitkan dengan tajuk.(Simpulan bahasa)
  • ulat buku
  • buku lima
  • kaki bangku
  • mata duitan


i) Meneliti gambar yang diberikan oleh guru.

ii) Berikan jawapan mengikut penelitian murid.

BBM:
Gambar

Kemahiran Berfikir:

Langkah 1
( 10 minit )

Petikan :
Tajuk : Amirul Yang Baik Hati



i) Guru memberi petikan

ii) Guru meminta murid membaca petikan secara kuat
  • secara kelas
  • secara kumpulan

iii) Guru meminta murid mencari dan menggariskan perkataan sukar daripada petikan

iv ) Guru membincangkan maksud perkataan dan bincangkan isi petikan


i) Membaca petikan secara kuat dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii) Murid mencari dan mencatat perkataan sukar di dalam petikan yang diterima.


iii)


BBM:
Petikan

Kemahiran:
KBKK

Nilai:
prihatin
bijak

Langkah 2
(15 minit)

Simpulan Bahasa
·         baik hati
·         murah hati
·         ulat buku
·         buah tangan
·         anak tunggal
·         ringan tulang

i) Guru meminta murid dalam kumpulan mencari seberapa banyak simpulan bahasa dalam petikan dan berikan maksudnya.

ii)Guru memanggil wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan murid

iii) Guru merumuskan aktiviti murid dan bandingkan hasil murid dengan simpulan bahasa yang guru ada.
( guru menampalkan beberapa simpulan bahasa yang telah guru disediakan )

iv ) Guru meminta murid membaca simpulan bahasa  ynag telah ditampal.



i) Murid secara berkumpulan , mencari dan mencatatkan simpulan bahasa dan maksud di dalam kertas sebak.

ii)  Wakil murid membentangkan hasil dapatan murid berkaitan simpulan bahasa

iii) Murid menyebut simpulan bahasa yang ditampal di papan hitam.

ii) Bertepuk tangan tanda sokongan ke
pada rakan.

BBM:
Kad perkataan
(berkaitan
simpulan bahasa)
kertas sebak

Nilai:
Prihatin
Cepat bertindak
Berhati-hati


Langkah 3
(10 minit)

Cari Simpulan bahasa
berdasarkan perkataan yang diberi. (anggota badan )

kaki:
  • kaki ayam
  • kaki botol

mulut:
  • mulut murai
  • mulut tempayan

dan lain-lain.


i) Guru menerangkan kepada murid tentang beberapa simpulan bahasa yang ada kaitan dengan anggota badan.


ii) Guru menunjukkan contoh perkataan dan simpulan bahasa:
tangan : panjang tangan
kepala : keras kepala

iii) Guru meminta murid mencari beberapa simpulan bahasa berdasarkan perkataan yang diberi oleh guru.
(secara kumpulan )

iv) Guru meminta wakil setiap kumpulan mencatat 2@3 simpulan bahasa di papan hitam.

v) Guru beri rumusan hasil perbincangan murid dan beri penghargaan kepada semua murid


i) Murid mendengar penjelasan guru berkaitan simpulan bahasa.

ii) Murid membaca contoh yang ditulis oleh guru di papan hitam

iii) Murid berbincang dan mencatatkan simpulan bahasa dalam kertas A4 yang disediakan.
(dalam kumpulan )

iv) Setiap wakil kumpulan mencatatkan sekurang-kurang 2@3 simpulan bahasa di papan hitam

BBM:
Kertas A4

KBT:
menjana idea

Nilai:
Kerjasama
Sentiasa berfikir

Langkah 3
(15 minit )

Melengkapkan ayat yang mengandungi simpulan bahasa yang betul


Pengayaan:
~ Tulis 10 simpulan bahasa yang baharu beserta maksud dalam buku latihan

Pemulihan :
~ Catat 5 sahaja simpulan bahasa yang telah dipelajari dalam buku latihan.

i) Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.

ii) Guru membacakan arahan soalan kepada semua murid

ii) Guru
membincangkan hasil kerja murid dan minta membuat pembetulan

i) Murid membuat lembaran kerja yang diberikan.

ii) Murid melengkapkan ayat  dengan menggunakan simpulan bahasa yang sesuai
Contoh:                     
Ayah telah membawa kami ___________
di Pulau Pinang.

ii) Membincangkan hasil kerja murid dan membuat pembetulan.


BBM :
Lembaran kerja
(latihan)

KBKK
Menjana idea

Penutup
( 5 minit )

Rumusan isi pelajaran

Sebutkan simpulan bahasa yang telah dipelajari pada hari ini.


i) Guru merumuskan isi pelajaran sambil meminta murid menyebut beberapa simpulan bahasa yang telah dipelajari

ii) Guru menyatakan nilai murni yang ada pada murid


i) Menyebut kembali beberapa perkataan simpulan bahasa yang telah dipelajari.

ii) Sebut beberapa nilai yang terdapat dalam p&p ini.



BBM:
Kad perkataan.


                                               
Contoh petikan:
           
            Amirul merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Oleh yang demikian , dia sangat disayangi dan ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kemahuannya turut dipenuhi oleh kedua ibubapanya.  Namun begitu , dia anak yang baik. Amirul tidak pernah meninggi diri malah dia seorang yang ringan tulang.
            Hobi Amirul ialah suka membaca buku. Setiap waktu lapang , sama ada di rumah atau di sekolah , Amirul pasti akan membaca buku. Rakan-rakannya menggelar Amirul
 “ Budak Ulat Buku “ Amirul tidak pernah ambil hati dengan jolokan itu. Setiap hujung bulan pula , ayah Amirul selalu memberinya buah tangan seperti buku cerita atau buku latihan kepadanya.
            Baru-baru ini , ayah Amirul membawa Amirul makan angin di Pulau Langkawi. Di sana Amuril telah membeli beberapa cenderamata untuk rakan-rakannya di sekolah. Amirul sangat bermurah hati.

Contoh latihan:

Lengkapkan ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai:

1.Wawa cuma ____________ semasa bermain di halaman
  rumah.

2.Tulisan Helmi bagai________________ itu , sukar
  dibaca dan sering ditegur oleh gurunya.

3.Sebelum pulang , nenek memberi setandan pisang dan
  beberapa  tongkol jagung sebagai ________________
  kepada anaknya , Malek.

4.Safee Sali merupakan ___________________ pasukan
  Harimau Malaya.

5.Sebelum pergi ke sekolah , Amin menjamah sebuku
  roti sebagai ____________________.

6.Farid memang __________________, ketika orang lain
  sibuk bekerja , dia pula tidur.

7. Gayah sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana dia
  ________________________.

8. Ahmad _________________ untuk berhijrah ke Kuala Lumpur
   pada hujung bulan ini
.
bulat hati
cakar ayam
buah tangan
ringan mulut
berat tulang
berkaki ayam
alas perut
ayam tambatan

Contoh simpulan bahasa : ( anggota badan )

kaki:

ü      kaki bangku
ü      kaki botol
ü      naik kaki
ü      kakl lima

mata:

ü      mata duitan
ü      rambang mat
ü      mata hati
ü      mata-mata
ü      mata petai
ü      cahaya mata
tangan :

ü      panjang tangan
ü      lepas tangan
ü      kaki tangan
ü      cepat tangan

hidung :

ü      hidung belang
ü      hidung tinggi

telinga:

ü      telinga kuali
ü      telinga lintah

mulut :

ü      mulut murai
ü      mulut tempayan
ü      ringan mulut
ü      berat mulut

3 comments:

  1. Terima kasih puan. Harap boleh kongsi ilmu di atas.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih jua kerana sudi jengah blog saya..

    ReplyDelete
  3. minta izin untuk jadikan panduan ya

    ReplyDelete