HALAMAN BLOG

Kajian Tindakan Pengajaran Bahasa Melayu

Ini merupakan kajian tindakan yang perlu saya laksanakan untuk tugasan saya semester ini. Moga tugasan ini boleh kita kongsi bersama. 

PENGHARGAAN
            Saya berasa sangat bersyukur kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya dapatlah saya menyiapkan kajian tindakan yang bertajuk MENINGKATKAN KEMAHIRAN  MEMBINA AYAT DI DALAM DISIPLIN PENULISAN  BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN 4   dapat disempurnakan dengan sebaiknya.
            Saya memilih tajuk ini kerana beberapa sebab . Antara sebab utamanya ialah ingin membetulkan  perlakuan dalam aspek penulisan . Ini kerana ada antara guru penyelidik yang masih belum dapat memberi penekanan sepenuhnya berkaitan tentang pembentukan ayat yang betul.
            Sepanjang proses pelaksanaannya , saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru besar yang banyak memberi input yang sangat berguna  berkaitan kajian tindakan ini . Selain itu ribuan terima kasih juga saya hulurkan kepada  guru panitia Bahasa Melayu yang selalu membimbing saya memantapkan lagi proses menyediakan  Laporan Kajian Tindakan ini.
            Saya juga sangat terhutang budi dengan rakan-rakan sealiran saya yang membantu saya membuat refleksi berkaitan pengajaran dan pembelajaran saya. Dengan adanya bantuan mereka , saya dapat menyiapkan Kajian Tindakan ini dengan jayanya.
            Saya berharap dengan adanya kajian tindakan ini , dapatlah saya jadikan ia sebagai panduan  dan rujukan . Selain itu , ia juga boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk rakan-rakan seperjuangan saya.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN  MEMBINA AYAT DI DALAM DISIPLIN PENULISAN  BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN 4

Oleh :
Puan Nor Azila binti Md. Nor
Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya

 ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah membina ayat di kalangan murid  di Tahun 4 Bestari . Seramai 11 orang murid terlibat dalam kajian ini.  Selain itu , saya juga ingin meningkatkan pemahaman mereka dalam aspek membina ayat yang betul dan lengkap . Tinjauan awal  telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan latihan di dalam buku latihan .  Saya dapati terdapat beberapa kesilapan dalam pembinaan ayat iaitu dari segi morfologi dan sintaksis. Saya juga mendapati bahawa murid kurang peka tentang penggunaan kata hubung , pengimbuhan dan tanda baca dalam pembinaan ayat . Untuk mengatasi masalah ini , saya telah  menyediakan formula yang mudah untuk murid ini  memperbaiki kemahiran membina ayat iaitu murid perlu hafal formula yang diberikan. Hasilnya saya dapati , terdapat peningkatan dalam pembinaan ayat oleh anak-anak murid saya ini.  Saya juga berasa teruja untuk meneruskan aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran saya.

1.0  LATAR BELAKANG KAJIAN:

            Bahasa Melayu Penulisan terdiri daripada tiga item iaitu Bahagian A , bahagian B dan Bahagian C . Bahagian A membina ayat yang lengkap dan gramatis. Kajian saya berkaitan dengan masalah Bahagian A .Masalah membina ayat yang lengkap dalam penulisan terutama dalam penulisan bahagian A akan mengganggu murid mendapat markah yang baik dalam penulisan Bahasa Melayu. Selain itu , jika murid tidak dapat membina ayat dengan baik , menyebabkan murid juga tidak mampu untuk membina sebuah karangan yang baik dalam penulisan bahagian B dan C. Masalah membina bina ayat ini dikesan semasa saya menyemak latihan murid di dalam buku latihan penulisan. Saya dapati murid gagal membina ayat dengan baik. Struktur ayatnya tidak tersusun dengan betul. Murid gemar menggunakan bahasa pasar semasa menulis ayat.  Tanda bacan yang ditulis  tidak menepati ciri-ciri penulisan yang sebenar.  Berdasarkan refleksi pengajaran saya , saya dapati murid belum boleh membina ayat secara gramatis  dengan hanya melalui aktiviti  perbincangan dalam kelas dan perbincangan melalui kumpulan. Melalui aktiviti pembentangan hasil kerja murid dalam pembinaan ayat juga tidak banyak membantu murid saya .  Jadi , melalui perbincangan saya dengan rakan sealiran juga termasuk guru pemeriksa kertas Penulisan Bahasa Melayu , saya disarankan menggunakan formula SPPA iaitu subjek + predikat + penerangan ayat ( siapa - buat - dimana -apa / bagaimana ) bagi mengatasi kelemahan murid ini.

2.0  FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN
Saya memilih isu ini kerana berdasarkan tinjauan awal saya, saya dapati bahawa 11 orang murid ini tidak boleh menulis ayat dengan baik sedangkan bacaan dan lisan yang dijalankan di dalam kelas tidak mempunyai banyak masalah. Cuma apabila mereka mula menulis , mereka gagal menyusun struktur dengan baik selain penggunaan kata yang kurang tepat. Oleh yang demikian , saya terpanggil untuk membantu 11 orang murid ini memperbaiki kemahiran  dalam pembinaan ayat agar murid-murid  ini tidak terus tercicir dalam aspek penulisan.

3 .0 OBJEKTIF KAJIAN
            Selepas kajian tindakan ini dijalankan , diharapkan agar dapat mencapai objektif tersebut:
            3.1 )  Objektif Am
Ø      Meningkatkan kemahiran murid untuk membina ayat  dengan lengkap dan gramatis.
           3.2 )  Objektif Khusus
Ø       Murid dapat memilih penggunaan kata yang sesuai untuk membina ayat.
Ø      Murid boleh membezakan penggunaan tanda baca dalam ayat.
Ø      Murid boleh menulis ayat yang lengkap serta gramatis berdasarkan kata kerja / rangkaikata yang diberikan dengan baik.

4.0  KUMPULAN SASARAN

            Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 11 orang murid Tahun 4 Bestari . 7 orang murid India dan 4 orang murid Melayu.  Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.

5.0  PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Awal Masalah
Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian tindakan , tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti, Langkah-langkah telah dilakukan berdasarkan pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra.

i ) Pemerhatian :

Saya telah memerhatikan tingkahlaku murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya mendapati murid mempunyai masalah membina ayat secara gramatis. Pada awalnya, saya merasakan murid belum biasa membina ayat secara gramatis kerana mereka baru berada di tahap 2. Tetapi selepas beberapa minggu , murid masih lagi belum menguasai cara untuk membina ayat secara gramatis.

ii ) Pemeriksaan buku latihan.

Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran , murid akan menyerahkan buku latihan kepada saya. Setelah disemak , saya dapati murid belum dapat menguasai cara untuk membina ayat secara gramatis. Mereka membina ayat selapis dan kadangkala ayat yang dibina tiada kaitan dengan gambar yang diberkan ,

iii)  Ujian pra.
Satu ujian diagnostik telah dijalankan kepada murid-murid tahun 4. Ia bertujuan menguji tahap penulisan murid. Saya dapati hasil daripada ujian tersebut , murid tidak mahir untuk membina ayat dengan baik. Kemudian , murid telah diberi uiian bulanan , namun 11 orang murid ini masih gagal membina ayat secara gramatis.

5.2  Analisis Tinjauan Masalah
 Hasil pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra dapat dilihat melalui jadual data yang di sediakan.



Senarai Rekod Pencapaian. (Jumlah markah = 10 M)
BIL
NAMA MURID
Ujian Diagnostik
Ujian bulan Feb
1
Basker a/l Subramaniam
3
4
2
Danny Dave a/l Raman
4
4
3
Jaynishia a/p Bala
3
4
4
Justin a/l  Fernendez
4
5
5
Kapil a/l Jaynesan
3
4
6
Kirthana a/p Vinod Kumar
4
4
7
Muhammad Isma bin Kamsan
4
5
8
Nurul Alina binti Yusof
4
4
9
Nurul Fatehah binti Fauzi
5
5
10
Sabrina a/p Ramandran
3
4
11
Zaidi bin Harun
3
4

Rajah  1 menunjukkan hasil ujian pra yang dijalankan kepada murid-murid. Data tersebut dibuat sebelum pelaksanaan tindakan saya. Saya mendapati tahap penguasaan murid dalam membina ayat gramatis masih lemah walau pun telah menjalani dua kali latihan.

5.3 Tindakan yang dijalankan.
            Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan melibatkan 11 orang murid khasnya dan 27 orang murid amnya. Pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan setiap hari Isnin kerana mempunyai 2 waktu bekembar.
            Saya telah melaksanakan pengajaran kaedah bina pelan maklumat berdasarkan gambar yang diberi dan kaedah  kata tanya. Saya telah menggunakan kaedah ini semasa sesi pengajaran selama 60 minit. . Saya menggunakan 1 waktu untuk murid memahami  gambar , mencari maklumat atau kata kerja berkaitan gambar , bulatkan gambar dan catatkan kata kerja yang sesuai dengan gambar. Kaedah ini saya panggil Kaedah Bulat dan Tarik .  Dalam kaedah ini ,murid perlu cari fahamkan situasi gambar , kemudian perlu cari aktiviti yang terdapatkan dalam gambar. Kemudian , setelah kenalpasti maklumat , murid perlu bulatkan gambar dan catat maklumat berkaitan gambar. Contoh : membajak , mengubah dan sebagainya. Pada waktu yang kedua , guru , membimbing murid membina ayat menggunakan kata tanya ( siapa . buat apa , di mana , bila / bagaimana )
            Saya telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran berkaitan kaedah ini. Saya sediakan Rancangan Pengajaran bagi aktiviti ini.
Set Induksi      : Beri penerangan tentang jenis gambar, kemudian bincang berkaitan gambar yang ditunjukkan
Langkah 1       : Murid teliti keseluruhan gambar dan soal jawab berkaitan gambar
Langkah 2       : Murid mencari  5 kata kerja / aktiviti  yang ada kaitan dengan kehendak soalan . Kemudian bulatkan gambar tersebut serta catatkan pada gambar aktiviti yang telah dikenalpasti.
Langkah 3       : Murid bina rangkaikata menggunakan kata tanya ( siapa , buat apa , di mana . bila / bagaimana )
Langkah 4       : Latihan bina ayat gramatis perpandukan pelan maklumat yang telah dibina.
Penutup           : Menyemak ejaan , struktur ayat dan kosa kata yang digunakan.
            Berdasarkan rancangan harian , saya memulakan pengajaran dengan menyatakan jenis gambar yang akan murid temui. Bincangkan secara ringkas sebagai pengenalan murid.
            Seterusnya pada langkah yang pertama , saya meminta murid meneliti keseluruhan  gambar dan fahamkan situasi gambar. Kemudian, murid mencari 5 perbuatan / aktiviti yang ada kaitan dalam gambar. Bulatkan gambar tersebut dan catatkan kata kerja yang sesuai dengan gambar.
            Langkah seterusnya , saya telah meminta murid membina rangkaikata berpandukan kata kerja ( siapa - buat apa - di mana - bila /bagaimana )

Contoh: soalan            : siapa di dalam gambar ?
              jawapan         : Pak Kassim
              soalan            : sedang buat apa ?
              jawapan         : membanting padi.
              soalan            : di mana ?
            jawapan           :  di sawah padi / di bendang
              soalan           : bila ?
              jawapan         : di musim menuai.

Langkah yang terakhir , saya telah memberi latihan untuk menulis ayat secara gramatis kepada murid-murid. Kami juga membimbing murid ini secara individu dari segi pemilihan kosa kata yang sesuai dan tepat agar ayat yang dibina lebih gramatis.. Setelah siap membina 5 ayat , murid diminta menyemak ejaan , tanda baca dan sebagainya.
Contoh ayat gramatis : Pak Kasim sedang membanting padi yang sudah masak di
                                     bendang semasa musim menuai.
            Saya telah melaksanakan kaedah ini setiap kali menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan penulisan bahagian A mulai penghujung Julai 2012 sehinggalah penghujung bulan Oktober 2012. Sepanjang tempoh itu , saya telah mengadakan 3 kali siri ujian. Ujian ini dijalankan pada setiap penghujung bulan dalam tempoh pelaksanaan kajian ini. Ia bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif kajian dalam penulisan Bahasa Melayu.

5.4 Dapatan Kajian
Saya telah mengumpul pengskoran markah murid hasil daripada 3 siri ujian yang telah dijalankan. Markah-markah tersebut telah dicatatkan dalam jadual yang disediakan. Jadual ini merupakan borang Analisa berkaitan dengan hasil ujian murid.


BIL

NAMA MURID
JENIS UJIAN
Ujian 1
Ujian 2
Ujian 3
1
Basker a/l Subramaniam
5
7
9
2
Danny Dave a/l Raman
6
6
9
3
Jaynishia a/p Bala
6
7
10
4
Justin a/l  Fernendez
7
8
10
5
Kapil a/l Jaynesan
5
7
8
6
Kirthana a/p Vinod Kumar
4
5
7
7
Muhammad Isma bin Kamsan
7
8
10
8
Nurul Alina binti Yusof
6
7
9
9
Nurul Fatehah binti Fauzi
7
8
10
10
Sabrina a/p Ramandran
7
7
9
11
Zaidi bin Harun
7
8
10
Berdasarkan jadual pengskoran ini , saya dapati ada peningkatan markah bagi murid-murid tersebut. Seramai 10 orang iaitu  91% murid berada ditahap cemerlang manakala hanya seorang murid sahaja iaitu 9 % berada di tahap baik. Ini menunjukkan satu peningkatan yang amat ketara,
            Saya juga menemubual dua orang murid berkaitan hasil pengajaran -pembelajaran yang telah dijalankan.
Cikgu       : Fatehah , cikgu lihat , skor markah kamu sangat cemerlang dan                                                                                meningkat setelah  belajari melalui kaedah dan teknik ini.
Fatehah  : Ya cikgu . Saya semakin faham bagaimana hendak membina ayat      
                 dengan baik. Kaedah ini sangat membantu saya , cikgu!
Cikgu      : Kirthana , nampaknya skor awak pada tahap baik berbanding rakan-rakan
                 kamu yang berada di skor cemerlang.  Awak masih ada masalah dengan                          penggunaan kaedah ini ? 
Kirthana : Tidak cikgu, Saya faham bagaimana untuk membina ayat dengan lebih baik.                    Cuma kosa kata saya sahaja yang masih lagi kurang.
Cikgu     : Tidak mengapa Kirthana , apa yang penting , kamu perlu banyak membaca
                 untuk menambahkan kosa kata kamu.

5.5  Refleksi  Kajian.   
Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas murid , kaedah yang telah  dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran itu telah memberikan suatu impak yang positif. Peningkatan skor markah murid ketara meningkat. Ini menunjukkan kaedah yang dilaksanakan sangat bersesuaian danberkesan. Murid semakin yakin untuk membina ayat yang gramatis. Daripada tinjauan yang dibuat , murid telah mengikut kaedah yang dipelajari.Murid tidak lagi memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan maklumat dan membina ayat yang gramatis. Saya juga melihat murid seronok apabila saya menyatakan bahawa hari ini saya akan membuat latihan penulisan bahagian A. Tiada lagi rungutan yang kurang ebak didengari daripada nmurid-murid saya.
            Sebagai seorang guru , saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila saya melihat peningkatan skor murid-murid saya yang lemah. Kajian dan strategi serta kaedah yang diberikan sangat bersesuaian dengan murid . Pada pandangan saya , murid ini mampu melakukan sesuatu perkara itu dengan baik asalkan mereka mendapat panduan dan cara yang betul untuk membina ayat dengan baik.  Saya juga telah dapat membaiki kelemahan saya dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.6  Cadangan Kajian Tindakan Seterusnya.
Secara keseluruhan , kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian murid semakin baik walaupun bukan 100%. Namun begitu , usaha diteruskan agar murid mahir sehingga mereka boleh membina ayat dengan gramatis semasa UPSR nanti. Saya juga akan menggunakan pendekatan ini untuk membimbing murid dalam penulisan bahagian B.  Ini kerana langkah dan caranya sama iaitu untuk membina ayat dengan baik.
Sebagai kesimpulan , kajian tindakan yang saya lakukan ini sangat memberi manfaat kepada murid untuk meningkatkan prestasi khususnya dan memberi kelebihan kepada guru untuk memperbaiki pengajaran amnya. Saya berharap hasil kajian saya ini boleh diguna pakai oleh rakan-rakan saya nanti.


Rujukan :
Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 ) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS
            Profesional Publishing Sdn Bhd.
Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia , Modul Kajian
            Tindakan Teknologi Pendidikan
Bahagian Perancangan , Penyelidikan Dasar Pendidikan : Panduan Asas Menulis
             Laporan Kajian Tindakan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Sulaiman Masri , Abdullah Yusof , Mohd Ra’in Shaari (2006), Bahasa Melayu : Dimensi
             Pengajaran dan Pembelajaran ,Kuala Lumpur , Utusan Publication & Distributor
             Sdn Bhd.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) Pengajaran , Teknologi dn Penaksiran 2 KPD
             3026.
http:// pengajaranbahasamelayu.blogspot.com
http:// mariasalamperpaduan .blogspot.com

24 comments:

  1. Antara malaysian thesis online yang baik untuk dijadikan rujukan pelajar2 yang lain

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Di dalam blog ini penulis menceritakan mengenai tajuk Kajian Tindakan Pengajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar-pelajar di sekolah rendah iaitu di tahap atau tahun 4. Ia menerangkan pemasalahan penulisan yang berlaku di kalangan pelajar sekolah ini serta membuat kajian bagi setiap pelajar di dalam kelas itu.
    Sekarang pemasalahan dalam kemahiran bahasa melayu banyak terjadi dan sebagai seorang tenaga pengajar mesti membantu anak murid ini semua bagi membendung pemasalahan ini berterusan.Tenaga pengajar boleh melakukan dengan memberi latihan yang konsisten dan membuat ujian gempur setiap bulan bagi memantau prestasi setiap anak murid ini.
    Di sini,saya mempunyai bahan rujukan yang berguna untuk para pengajar dalam cara mengatasi dan mengawal nya.Anda boleh merujuk di
    http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran untuk mengetahui kaedah pembelajaran dan pengajaran sebagai panduan untuk anda semua.
    Dengan itu,saya harap dengan maklumat yang saya beri ini dapat sedikit sebanyak membantu anda meningkatkan pemahaman bahasa melayu di kalangan anak murid kita sekarang.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum dan selamat sejahtera

    Di dalam artikal blog ini penulis menceritakan mengenai tajuk Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Di Dalam Disiplin Penulisan Bahasa Melayu Di Kalangan Murid Tahun 4.
    Di kalangan tenaga pengajar yang sedang dalam menghadapi situasi ini boleh merujuk artikal ini sebagai rujukan.Di sini juga, saya mempunyai bahan rujukan kepada anda semua dengan melayari
    http://www.malaysia.writemyessay.biz untuk mencari maklumat mengenai tajuk yang berkaitan dan sebagai panduan untuk menyediakan penulisan yang baik bagi di kalangan pelajar sekolah ini.
    Dengan adanya panduan yang diberikan dapat membantu para tenaga pengajar semua membuat kajian yang teliti dan berkualiti untuk anak murid masing-masing.
    Terima Kasih...

    ReplyDelete
  18. Selamat sejahtera puan, nak tanya ada sample lembaran kerja boleh tak share?

    ReplyDelete
  19. terima kasih , satu contoh kajian tindakan yang baik dan senang faham.

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum puan, terima kasih atas perkongsian ilmu. Mohon izin saya jadikannya panduan dan cetusan idea ye.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum.Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat. Mohon saya jadikannya sebagai panduan..

    ReplyDelete
  22. Assalamualaiku. Tahniah. dan terima kasih atas perkongsian bahan.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum puan,terima kasih atas perkongsian ini, mohon izin sy jadikan panduan

    ReplyDelete
  24. Mohon share untuk jadikan panduan.Tq

    ReplyDelete