HALAMAN BLOG

Saturday, November 10, 2012

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa ialah  adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya simpulan bahasa itu terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.
Contoh : kaki bangku = orang yang tidak pandai bermain bola ( tersirat ) bukannya orang itu mempunyai kaki seperti bangku ( tersurat ).


Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna. Contohnya:
(a) ada angin:
  • mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
  • sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.
(b) anak buah:
  • orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti ketua pejabat atau penghulu.
  • anak saudara.
(c) langgar bahasa:
  • bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar.
  • tingkah laku atau kelakuan yang tidak sopan atau melanggar adat.
                                               

2 comments:

  1. Info yang berguna..terima kasih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi melawati blog saya. Semoga ia dapat membantu menambahkan ilmu pada kita semua.

    ReplyDelete